Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustazah, saya nak tanya, kalau lepas solat, baru perasan ada sehelai rambut yang telah gugur pada telekung/sejadah, adakah perlu ulangi solat?
kadang saya ingatkan dia benang, sebab bila cuba tutup time solat, takde jumpa rambut pula. Dan saya juga telah cuba check untuk pastikan takde aurat kelihatan sebelum mula solat.
Harap ustazah dapat tolong jawab :)
Jawapan
Menjawab persoalan yang diajukan, solat adalah sah dan tidak perlu diulangi, kerana telah berusaha untuk memastikan aurat tidak terbuka, bahkan aurat terbuka tersebut tidak disengajakan. Hadis yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah RA:
Maksudnya: Aku adalah seorang pemuda yang sangat kuat hafalan dan aku telah menghafal banyak ayat-ayat al-Quran. Ayahku pernah datang menghadap Rasulullah SAW bersama beberapa orang sebagai utusan kaumnya, lalu baginda mengajarkan kepada mereka tentang solat. Baginda bersabda: “Yang berhak menjadi imam kalian adalah yang paling baik dalam membaca al-Quran di antara mereka.” Oleh kerana aku sudah dapat menghafalnya, lalu mereka mengajukan aku (untuk menjadi imam). Maka akupun menjadi imam mereka dengan memakai kain yang kecil berwarna kuning, sehingga kalau aku sujud terbuka auratku (sedikit), lalu salah seorang wanita dari mereka berkata: “Tutuplah dari kami aurat qori kalian.” Lalu mereka membelikan untukku baju buatan Oman, sehingga tidak pernah saya bahagia seperti masuk Islam seperti bahagiaku dengannya. Saya menjadi imam mereka sedangkan usia saya baru tujuh atau delapan tahun. (Riwayat Abu Dawud (585) dan al-Bukhari (4302))
Sekian, terima kasih