Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya bertolak dari Terengganu ke Pulau Pinang pada hari Khamis dan akan pulang semula pada hari Selasa. Sepanjang tempoh perjalanan ini, boleh kah saya melakukan sembahyang qasar dan jamak?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, kaedah pengiraan hari adalah bermula apabila saudara telah tiba di Pulau Pinang dan jika saudara berada di Pulau Pinang tidak melebihi 3 hari maka boleh dilakukan solat Jamak & Qasar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.