BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ada masalah bila selesai kencing selepas beberapa minit dia akan mcm air masih keluar sgt sedikit. Hanya macam basah dihujung. Walau mcm mana pun tunggung atau bersihkan mmg tetap akan keluar selepas beberapa minit. Kemudian dah tak keluar hingga lah kencing yg seterusnya. Ini amat mengganggu bila nak solat terutama bila buat umrah atau bila berada di luar dan memerlukan solat di luar. Mcm mana untuk saya menghadapi masalah ni. 


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, tuan perlu menunggu sehingga air kencing terhenti sepenuhnya selepas beberapa minit sebelum melakukan ibadah solat atau umrah atau seumpamanya. Situasi ini tidak termasuk dalam konteks daimul hadath (seseorang yang berterusan hadasnya) kerana air tersebut keluar sedikit selepas beberapa minit dan tidak lagi keluar sehingga waktu untuk membuang air yang seterusnya. 

Justeru, tuan perlu perlu menunaikan solat selepas air kencing terhenti sepenuhnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image