Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
suami isteri sudah cerai di sebabkan nak harta isteri, suami berhak ke atas harta isteri atau tidak seperti saham syarikat?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dianggap sebagai harta sepencarian di antara suami dan isteri sekiranya terdapat sumbangan yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak secara langsung di dalam penghasilan harga tersebut. Pihak-pihak perlu membuktikan sumbangan masing-masing yang diberikan dalam penghasil harta yang dituntut.
Walau bagaimanapun, penentuan jenis harta, seperti saham syarikat, termasuk dalam harta sepencarian antara pasangan suami isteri atau tidak, serta kadar pembahagiannya adalah ditetapkan oleh pihak Mahkamah Syariah, melainkan sekiranya terdapat persetujuan di antara mereka.
Sekian, terima kasih.