BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi

Saya mohon tanya. Dahulu saya pernah dengar ustaz baca hadith sahih Bukhari satu ketika bilal sudah iqamah dalam Rasullah saw menuju ke mihrab beliau ditahan ditanya sesuatu dan Rasulullah saw meenjawab kemudian baru Rasullah saw menuju mendirikan salat. Mohon penjelasan tuan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Setakat carian hadis yang didapati mungkin hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA katanya:

أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، وَرَجُلٌ يُنَاجِي رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَمَا زَالَ يُنَاجِيهِ حَتَّى نَامَ أَصْحَابُهُ، ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى

Maksudnya: setelah dilaungkan iqamah, seorang lelaki sedang berbicara perlahan dengan Rasulullah SAW. Baginda SAW melayani percakapannya sehingga para Sahabat berasa mengantuk, kemudian Baginda SAW bangun dan menunaikan solat. (Riwayat al-Bukhari)

Situasi ini berlaku semasa Baginda SAW hendak mendirikan dan mengimamkan solat Isyak bersama-sama para Sahabat RA. Setelah selesai iqamah, ada seorang lelaki berbicara dengan Rasulullah SAW atas sebab dan hajat tertentu. Baginda SAW melayani lelaki tersebut sehingga para Sahabat RA rasa mengantuk. Setelah selesai berbicara, Baginda SAW bangun untuk menunaikan solat.

Antara pengajaran hadis ini adalah harus bagi imam berbual dengan makmum setelah iqamah dilaungkan sekiranya terdapat keperluan. (rujukan: Umdah al-Qari)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image