BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammua’laikum ustaz, nk tanya, kalau pernah tanya soalan agama tidak kira kpd ustaz/ustazah/mufti, 

 

(Ayat yg saya pernah tanya kpd ustaz lain).

“Assalammua’laikum ustaz nk tanya, apa hukum bekerja sebagai promoter kasut brand yg mereka mengambil nama itu dari nama kristian contoh nama jenama “Santa Barbara”, tapi mereka jual kasut lelaki dan perempuan dan ada cerita dalam agama mereka di sebalik nama itu..persoalan saya jika hanya bekerja sebagai promoter kasut kat brand tu dan mendapat gaji adakah gaji itu halal atau sebaliknya? Sbb kita cuma niat nk bekerja Mohon penjelasan terima kasih..”

 

Sbb pertanyaan saya sebelum ni dh salah penyebaran maklumat syarikat itu, mereka mengambil nama “Santa Barbara” itu rupanya kerana itu nama jalan di negara Amerika sbb tempat dan gaya dan tiada mengena tentang unsur keagamaan..takut jadi tuduhan atau fitnah, jadi selepas itu saya dah delete komen pertanyaan soalan2 saya itu yg dekat komen facebook ustaz..

 

Adakah jika kata begitu, perlu ke minta maaf kpd syarikat itu? Atau sekadar mohon ampun kpd Allah?..dan harus saya berhati-hati ketika hendak bertanya kan soalan selepas ini perlu menyemak dgn berhati-hati..mohon penjelasan terima kasih..

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan

Akibat tidak bertabayyun di dalam sesuatu berita itu boleh menyebabkan terjadinya prasangka yang buruk berlaku di kalangan masyarakat serta keadaan yang kurang tenang. Allah SWT melarang daripada melakukan perbuatan ini sepertimana firmannya dalam Surah al-Hujurat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa

Justeru, ada baiknya puan meminta maaf kepada Syarikat tersebut atas khilaf yang telah dilakukan. Semoga Allah SWT memberi keampunan kepada kita dan selepas ini lebih berhati-hati dalam penyebaran maklumat tidak tepat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 46

message user image