Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Sy nak tanya saya mudah was was dalam bab najis dan solat. Sehinggakan tak tenang fikir solat tak sah.
1. Sy pindah rumah sewa baru pastu sblum ni sy fikir x dak najis jdi sy solat mcm biasa . Tapi lepas tu ada rakam serumah mop lantai dapur yang berminyak sy x nmpak la keadaan tu tpi lepas dh kering or dah berlalu beberapa hari sy nmpak mcm kesan mcm hitam nipis la sy rasa tu tahi cicak mcm kesan dia je. Apa yang saya buat sy just buang lebihan kesan tu pastu tuang air pada yang sy nmpak je tempat lain sy x check bakik sbb takut nampak lagi.So sy rasa satu rumah dah merebak sbb salah mop ke seluruh rumah tu.
2. Pastu klau pergi tempat awam kan kadang ada najis macam orang lain tak cuci dengan baik selalunya sy just pilih bilik tandas lain yang bersih tapi sy selalu was was dengan tapak kasut sy lepas sy masuk tndas yang ada najis tu tak kira lah tahi cicak pun sama sbb kawasan tandas yang basah. Sy rasa sy dah bawak najis tu keluar dari tndas ke tempat lain mcm ke karpet kereta dan laman rumah so sy rasa laman rumah pula kotor sbb klau hujan or tapak kasut basah.
3. Bagaimna solusi nak buat lagi lagi jumpa najis di tempat awam mcm tandas awam tu. Sebab sy rasa sy dh sebarkan ke tempat lain lagi lagi lepas ke tndas awam dan masuk ke surau sy tengok orang lain tak pkai kasut dilaluan yang berkasut tu.
terima kasih. Mohon pencerahan dan solusi tentang masalah tu apa yang patut di lakukan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus suci jika tidak terdapat ain najis sama ada warna, bau atau rasa najis pada kawasan tersebut. Untuk menghukumkan sesuatu tempat itu sebagai bernajis, maka ia perlu dibuktikan dengan keyakinan iaitu adanya sifat najis tersebut pada kawasan yang dimaksudkan. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh:
Maksudnya: Asal hukum sesuatu perkara itu adalah suci.
Sehubungan itu,
1) Selagi tiada kepastian berkaitan perkara tersebut iaitu terdapatnya najis pada lantai semasa rakan mop lantai, maka lantai tersebut kekal suci dan bersih. Oleh itu, satu rumah adalah kekal suci dan bersih.
2) Selagi tiada najis pada tapak kasut, maka ia kekal suci dan bersih daripada najis. Jika ia hanya sekadar andaian dan was-was, maka ia kembali kepada kaedah fiqh iaitu:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan (syak).
Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, maka tiada najis dan tempat lain tidak terkena najis samada karpet kereta dan laman rumah. Islam tidak membebankan seseorang dengan perkara yang tidak jelas dan mengelakkan diri daripada perasaan was-was.
3) Selagi tidak diyakini telah terkena najis samada pada pakaian atau anggota badan, maka ia kekal suci dan bersih. Jika diyakini terkena najis, maka bersihkan najis terlebih dahulu seterusnya disucikan dengan dialirkan air mutlak pada tempat yang terkena najis sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Sekian, terima kasih.