BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah jatuh talak jika suami ditanya wanita lain "Abang suami orang lagi ke?" Suami menjawab saya sudah ceraikan isteri saya dan tidak duduk sekali.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berdasarkan kepada hukum syarak, perkataan suami tersebut boleh membawa kepada jatuhnya talak kerana pengakuan suami mengandungi perkataan cerai (lafaz soreh). Adapun, jika pengakuan suami itu adalah bohong hukumnya berdosa, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : واياكم الكذب فان الكذب يهدى الى الفجور وان الفجور يهدى الى النار Maksudnya : “Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu menjerumus kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka” (Riwayat Muslim) Sebaiknya, pasangan yang terlibat hendaklah mengemukakan perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah bagi menentukan pengesahan lafaz cerai tersebut dan status pernikahan mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 93

message user image