BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya baru kehilangan bapa 18 nov 2025, maka ibu saya dalam iddah selama 4 bulan 10 hari. Saya telah merancang bernikah pada Januari 2026. Perlukah saya tangguh pernikahan sehingga ibu tamat iddah? Jima tidak, bolehkah ibu hadir utk pernikahan saya di masjid? Jika tidak boleh, bolehkah saya melangsungkan pernikahan di rumah ibu saya? Untuk makluman, ini pernikahan kedua saya, juga bakal suami. Kani tidak merancang mengadakan 'kenduri kahwin' dalam masa terdekat. Cuma pernikahan yg akan dihadiri sekitar 50 org ahli keluarga termasuk jiran2 sebelah dan team nikah dr masjid. Kami rancahg selepas dinikahkan, akan ada doa selamat dan juga tahlil serta jamuan minum petang. Mohon pencerahan , Tuan Mufti.. saya bimbang seperti dikatakan, bapa baru meninggal, saya 'syok2' kahwin. sedangkan tujuan saya adalah mempercepatkan pernikahan seperti dalam tuntutan agama. Semoga bermanfaat. Wallahualam. Terima Kasih. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Wanita yang kematian suami, tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja.  Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. 

Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam.  Namun pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawat dan sebagainya.

Bagi larangan bermusafir ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.

Mereka juga dilarang berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.

Merujuk kepada soalan yang diajukan :

1. Saudari tidak perlu untuk menanguhkan perkahwinan saudari, kerana yang berada dalam iddah ihdad (berkabung) adalah ibu saudari, maka tiada keperluan untuk menangguhkan perkara yang dituntut oleh syarak ini.

2. Menghadiri majlis akad nikah saudari di masjid adalah satu tindakan yang bukan darurat atau mendesak dan pastinya ia mengandungi unsur perhimpunan ramai orang serta kegembiraan, maka ia tidak dibenarkan untuk dihadiri oleh ibu saudari.

3. Sekiranya ingin mengadakan majlis di rumah ibu dengan kehadiran tetamu yang minima, tanpa unsur berhias, muzik, sorak atau adat kenduri, maka ia tiada larangan pada syarak. Ini kerana wanita dalam iddah kematian boleh menerima tetamu di rumah dan boleh menyaksikan dan terlibat dalam urusan keluarga dengan syarat menjaga adab dan kesederhanaan serta tidak bercanggah dengan pantang larang ihdad (berkabung).

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 37

message user image