BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM,SY NK TANYA,APAKAH HUKUM SOLAT ISYA' LAMBAT?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Solat fardu termasuk dalam kategori wajib muwassa' (tempoh pelaksanaan yang panjang). Seperti solat yang lain, waktu solat isya' terbahagi kepada beberapa bahagian:

1. Waktu terbaik: Awal waktu, iaitu tempoh yang memadai untuk melakukan solat berserta syarat-syaratnya. 

2. Waktu pilihan: Selepas waktu pertama sehingga berakhir 1/3 malam pertama. 

3. Waktu dibolehkan tanpa makruh: Penghujung 1/3 malam yang pertama sehingga terbit fajar kazib (azan subuh pertama).

4. Waktu dibolehkan tetapi makruh: Dari terbit fajar kazib hingga waktu yang memadai untuk menunaikan solat isya'.

5. Waktu haram: Jika waktu yang berbaki tidak memadai untuk pelaksanaan solat isya'.

Walaupun solat isya' termasuk dalam kategori wajib muwassa', seseorang yang ingin melewatkan solat isya' pada waktunya perlu berazam untuk melakukannya secara lewat. Adapun seseorang yang melewatkan solat fardu dalam keadaan dia mengetahui bahawa dia tidak akan sempat menunaikannya jika dilakukan lewat, atau dia mungkin akan meninggal dunia tanpa sempat menunaikannya, atau seumpamanya, maka perbuatannya melewatkan solat dikira berdosa. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 11

message user image