Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan,
Saya ingin bertanya berkaitan Solat Jamak Taqdim / Jamak Takhir.
Saya telah bermusafir pulang ke kampung di Perak. Setelah tamat cuti, saya bermusafir semula dan bertolak pulang ke Selangor pada awal pagi, kemudian terus menuju ke tempat kerja di Kuala Lumpur.
Soalan saya, adakah dibenarkan untuk saya menunaikan Solat Jamak dan Qasar (Zuhur dan Asar) di pejabat, sebelum saya pulang ke rumah di Rawang pada sebelah petang?
Jazakallah khairan.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, solat jamak qasar tertakluk kepada beberapa syarat. Antaranya:
Justeru, puan dibenarkan untuk menunaikan solat jamak dan qasar (Zuhur dan Asar) di pejabat sekiranya puan tidak singgah terlebih dahulu di kawasan mukim puan di Rawang. Hal ini kerana puan masih lagi dalam keadaan bermusafir ketika itu namun jika puan singgah rumah di Rawang maka telah terbatal status musafir puan.
Sekian, terima kasih.