Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt ustaz
Saya ada pertanyaan, adakah suami wajib membayar segala komitmen isteri dari segi kereta, penyelenggaraan kereta, insurans kereta, Ansuran telefon dan juga pinjaman Pembelajaran isteri? Boleh ke suami minta isteri bekerja hanya untuk isteri membayar semua komitmennya sendiri?
Memandangkan nafkah suami setiap bulan telah ditunaikan dari segi makan minum, perbelanjaan bulanan, ubat ubatan, klinik dan sebagainya. Cumanya dari segi rumah isteri volunteer membayar separuh kerana kadar sewa rumah bulanan agak mahal. Hal ini berlaku kerana si isteri melihat isteri suami orang lain selepas berkahwin semua suami perlu tanggung dari A sehingga Z.
Kekadang saya rasa seperti seorang lelaki yang gagal dalam rumahtangga, belum masuk lagi bab isteri yang degil, keras kepala dan tidak taat kepada suami
Mohon beri pencerahan bagi masalah saya
Jawapan
Menjawab persoalan saudara, berdasarkan kitab fekah, kewajipan suami menyediakan nafkah isteri adalah seperti berikut;
Maksudnya, jika isteri ada tanggungan seperti pembiayaan pelajaran, kereta, insurans, telefon dan sebagainya, maka suami tidak wajib menanggungnya. Isteri boleh bayar sendiri lebih-lebih lagi isteri bekerja dan mempunyai pendapatannya sendiri. Sebelum berkahwin, jika masing-masing mempunyai tanggungan hutang, maka pasangan tidak menanggung hutang pasangannya. Masing-masing kena langsaikan. Adapun, jika suami ada lebihan wang selepas ditolak tanggungan yang wajib, maka tidak salah jika suami ingin membantu.
Isteri pula tidak perlulah membanding-bandingkan suami sendiri dengan suami orang lain begitu juga sebaliknya. Jaga keluarga sendiri baik-baik. Jika ada masalah dalam rumahtangga berbincanglah bersama-sama. Suami perlu menasihati isteri jika sikapnya sedemikian atau boleh juga dapatkan nasihat kekeluargaan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk pertanyaan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.