BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Seperti yang kita tahu, wali nasab bermula dari bapa, datuk, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, dan seterusnya. Bapa & datuk saya dah meninggal. Abang saya tidak sah taraf. Jadi tinggal adik lelaki (sebapa) sahaja. 

1. Adakah bakal suami perlu/berhak tau tentang status abang saya?

2. Dan adakah adik lelaki (sebapa) pun perlu/berhak tau tentang status abang saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan:

1. Bakal suami tidak wajib mengetahui tentang status abang cik. Namun begitu, jika terdapat maslahat yang lebih besar dengan memberitahunya, maka ketika ia adalah lebih baik.

2. Adik lelaki sebapa tidak wajib mengetahui tentang status abang cik, tetapi memberitahunya adalah lebih baik kerana ia akan melibatkan harta pusaka, hak pewalian dan seumpamanya.

Cik boleh merujuk pihak Pejabat Agama dalam membantu menyelesaikan isu ini kerana Pejabat Agama berhak tahu untuk mengesahkan keududukan wali yang sebenarnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 35

message user image