BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya bolehkah saya membuat solat jamak qasar untuk perjalanan dalam 1 negeri yang sama tapi melebihi 81km? Contoh dari Gombak, Selangor ke Tanjung Karang, Selangor.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perjalanan puan dari Gombak, Selangor ke Tanjung Karang, Selangor dibenarkan solat jamak dan qasar sekiranya telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar antaranya; 

  1. Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih. (sebagaimana fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor)
  2. Perjalanan yang tentu tujuannya yang baik dan mempunyai permulaan tempat musafir seperti Gombak, Selangor dan pengakhiran tempat di Tanjung Karang, Selangor.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 12

message user image