BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya saya ada melafazkan taklik kepada isteri jika saya tengok perempuan seksi saya ceraikan dia, dan lafaz itu disebut secara tidak sengaja kerana saya mengikut kata kata isteri. Dan apabila saya sedar, saya menyatakan pada isteri benda itu tidak rasional kerana di media sosial terdapat ramai perempuan seksi, dan bagaimana pula jika saya tengok movie atau filem yang kebanyakannya terdapat perempuan seksi. atau keluar berjalan dan ternampak perempuan seksi. Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, taklik talak yang dilafazkan dikira kerana diucapkan oleh tuan dalam keadaan tuan mukalaf dan kerelaan sendiri. Adapun perbuatan tuan mengikut kata isteri tidak termasuk dalam bentuk paksaan. 

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah yang terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 39

message user image