Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,saya nak bertanya,sewaktu sy memandu motorsikal,ada dibelakang sy ada sebuah kereta,selepas beberapa ketika sy melalui jalan yg ada bangkai anjing yg lama(kemungkinan dah kering kerana cuaca panas),selepas itu kereta di belakang sy memotong kenderaan sy dan dihadapan ada lopak air,dan air percikan dari tayar kereta terbabit kena pada badan dan motor sy,perlukah sy sertu seluruh badan dan motor saya?
Jawapan
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu kawasan itu terkena najis melalui ain, bau, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, warna dan rasa. Merujuk kepada persoalan tuan, tidak perlu sertu jika tidak ada kepastian bahawa badan dan motor tersebut terkena najis mughallazah (najis anjing), maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak).
Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, maka abaikan sahaja perasaan tersebut tidak perlu sertu badan dan juga motor tersebut cukup sekadar dibersihkan dengan air mutlak sahaja..
الله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.