BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum jika seseorang yang bukan mahram melihat wajah jenazah yg telah dikafankan tetapi belum ditutup muka.  Terima kasih diatas jawapan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Melihat wajah jenazah oleh bukan mahram adalah harus dan tidak berdosa. Hukum bagi yang telah meninggal dunia sama sahaja dengan orang yang masih hidup. Dalam Al- Mausu'ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (40/353);

ذهب الفقاء إلى أن حكم نظر الرجل إلى المرأة بعد موتها كحكمه في حياتها  

Maksudnya: Para fuqaha berpendapat bahawa hukum seorang lelaki memandang seorang perempuan selepas kematiannya adalah sama seperti hukum memandangnya ketika dia masih hidup.

Hal ini menjelaskan persamaan keadaan dan hukum antara seseorang yang hidup dan seseorang yang meninggal dunia yang mana aurat dan kehormatannya kekal selepas matinya dia, sebagaimana aurat dan kehormatannya semasa hidupnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.      


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 69

message user image