Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan
Pertanyaan saya berkenaan dengan isu rumahtangga.
Mohon pencerahan dari Tuan berkaitan dgn peranan seorg suami yg manakah keutamaan antara ibunya atau isterinya?
Timbul isu dimana isteri itu dah marah sgt dan hilang rasa hormat kpd mak mertuanya serta memaki hamun suaminya sbb Mak mertua tu lebihkan anak perempuannya (kakak ipar) yg mana baginya tidak adil dan membebankan dirinya
Sehingga sampai tahap isteri itu dah tak dapat nak terima lgi kedua-duanya (mak mertuanya n kakak ipar) dan dah hilang kepercayaan dan hormat kepada suaminya
Jadi sebagai suami apakah cara dan jalan yg terbaik yg dapat dia lakukan?
Mohon pencerahan dri Tuan. Sekian terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada pertanyaan berkenaan keutamaan seorang suami antara ibunya atau isterinya, adalah dimaklumkan bahawa menurut hukum syarak, Islam tidak meletakkan ibu dan isteri sebagai pihak yang perlu dibandingkan. Sebaliknya, kedua-duanya mempunyai hak dan kedudukan yang berbeza yang wajib ditunaikan oleh suami secara adil tanpa menzalimi mana-mana pihak. Berbuat baik kepada ibu adalah suatu kewajipan yang besar ke atas seorang anak lelaki walaupun setelah berkahwin. Allah SWT memerintahkan supaya anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa sepanjang hayat. Namun begitu, perasaan isteri juga perlu diambil kira. Ini kerana setelah akad nikah, isteri menjadi tanggungjawab utama suami dari sudut nafkah, perlindungan, kebajikan dan kepimpinan rumah tangga. Suami bertanggungjawab menjaga emosi, maruah dan keselamatan isterinya serta menghalang sebarang mudarat yang menimpanya, termasuk yang datang daripada ahli keluarga sendiri.
Di samping itu, dalam situasi konflik keluarga, suami wajib bertindak sebagai pemimpin yang adil dengan:
Oleh yang demikian, sikap berdiam diri dengan tidak membuat sebarang tindakan adalah tidak selari dengan tanggungjawab kepimpinan seorang suami dan boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan merupakan satu institusi yang memerlukan perlaksaan tanggungjawab dan kewajipan di atas hak sebagai suami dan isteri. Selain itu, panduan yang diajar oleh agama Islam supaya sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya bagi melahirkan hubungan yang mahabbah. Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah SWT di dalam Surah Al- Baqarah, ayat 187:
Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.
Kesimpulannya, keutamaan seorang suami menurut hukum syarak bukanlah memilih antara ibu atau isteri, tetapi menunaikan hak kedua-duanya secara adil, berhemah dan berpandukan syariat Islam.
Sekian, terima kasih