Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamu’alaikum..saya ada soalan nak tanya mengenai darah. Saya baru tahu ada hpv jadi, Saya kena buat biopsy di pangkal rahim untuk ambil sample tissue utk check ada sel kanser atau tak. Jadi selepas dri biopsy 19 Dec, sehingga skrg saya masih bleeding.
Pada 28 dec saya period. Jadi saya ikut adat saya period selalu 7 hari dan saya dah mandi dan solat. Saya xpasti sifat darah tu sbb bgi saya wrna dan bau darah tu mcm sma. soalan saya, betul ke saya blh mandi slepas 7hari ikut adat dan xperlu tgu 15hri 15malam? Mohon pencerahan. Terima kasih
Jawapan
Secara asasnya, sebanyak-banyak darah haid adalah 15 hari 15 malam. Jika darah yang keluar secara berterusan melebihi tempoh maksimum haid, ia boleh ditentukan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah tamyiz (bezakan darah) dan kaedah adat. Merujuk kepada persoalan, puan maklumkan darah yang keluar adalah sama sifatnya iaitu tidak dapat dibezakan, jadi puan hendaklah menentukan darah yang keluar tersebut menggunakan kaedah kedua iaitu adat. Adat puan 7 hari, maka setelah itu puan hendaklah terus mandi wajib dan menunaikan perkara yang boleh dilakukan oleh orang yang suci tanpa perlu menunggu 15 hari 15 malam maksimum haid.
Sekian. Terima kasih.