Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jika membaca alfatihah ketika solat dengan satu nafas. Tiba2 saya tersangkut pada ayat terakhir kerana tidak cukop nafas. Perlukah mengulang dari awal atau ayat terakhir itu sahaja?
Jawapan
Membaca surah al-fatihah adalah salah satu rukun solat. Jadi wajib untuk kita membacanya berserta makhraj dan tajwid yang betul. Wajib untuk kita menjaga bacaan surah al-fatihah pada setiap huruf agar tidak berkurang atau tertukar. Wajib juga kita jaga bacaan syaddah dan juga panjang pendek harakat surah al-fatihah.
Merujuk soalan yang diajukan, tidak perlu ulang daripada awal surah, cukup sekadar ulang daripada pangkal ayat yang tersangkut itu sahaja.
Sekian, terima kasih.