Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam. Sy tinggal di Germany yg merupakan negara kaya dan boleh dikatakan tiada fakir miskin. Bolehkah saya membayar fidyah puasa di negara asal saya Malaysia?
Jawapan
Berdasarkan persoalan yang diajukan, fidyah boleh dibayar di negara lain dari negara puan sedang menetap, bahkan itu lebih baik jika tidak terdapat golongan fakir miskin di negara puan berada. Oleh itu, fidyah yang dibayar di luar dari negara puan menetap adalah sah.
Sekian, terima kasih.