Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum masuk tandas dengan telefon bimbit yang menyimpan ayat-ayat al quran?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, harus selagi tidak dibuka aplikasi tersebut di dalam tandas. Namun jika al-Quran terpapar di skrin telefon pintar, maka adalah haram untuk membawa telefon pintar ini masuk ke dalam tandas. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.