BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

1. SI SUAMI DIPENJARA DAN SI ISTERI MENUNTUT NAFKAH PADA IBU BAPA SI SUAMI, TETAPI IBU BAPA SI SUAMI SUDAH UZUR DAN DI USIA WARGA EMAS DAN TIADA PENDAPATAN TETAP, DAN ADIK BERADIK LELAKI JUGA TIDAK MAMPU DAN TIDAK MAHU AMBIK PEDULI, ADAKAH PEGUAM BOLEH KENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU SEBARANG HUKUM.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, tuntutan nafkah isteri tersebut jika ahli keluarga suaminya tidak berkemampuan maka kembali kepada walinya sendiri. Jika isteri sihat dan berupaya untuk bekerja, maka isteri boleh menyara dirinya dan anak-anak. Manakala nafkah anak-anaknya, jika seorang bapa tidak dapat menyara anaknya, maka tanggungan nafkah itu kembali kepada keturunan bapanya. Susunan wali/ waris lelaki yang bertanggungjawab bagi anak-anak adalah seperti berikut: 

  1. Bapa kandung.
  2. Datuk sebelah bapa (dan ke atas).
  3. Saudara lelaki seibu sebapa.
  4. Saudara lelaki sebapa.
  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa.
  6. Anak saudara lelaki sebapa.
  7. Waris lelaki lain yang menjadi 'asabah 

Amaun nafkah itu adalah mengikut kemampuan mereka. Jika dapat beri sedikit, maka sedikitlah yang diterima. Firman Allah SWT dalam surah at-Talaq ayat 7:

لِیُنفِقۡ ذُو سَعَةࣲ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَیۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡیُنفِقۡ مِمَّاۤ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَاۤ ءَاتَىٰهَاۚ سَیَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرࣲ یُسۡرࣰا

Maksudnya : Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 39

message user image