BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...saya haid yang sedikit selama 9 hari. Kemudian pada hari ke 11 saya bersama suami. Keesokkan harinya terdapat sedikit lendir bercampur darah apabila saya memeriksaan kemaluan.

Untuk pengetahuan tuan, saya ada fibroid dan memasang iucd. Adakah darah itu haid? Perlukan saya berhenti solat? Apakah hukum saya bersama suami?

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, darah yang datang semula sebelum melepasi 15 hari 15 malam dihukumkan sebagai darah haid walaupun ia telah melepasi tempoh adat kebiasaan haidnya. Justeru, wajib ke atas wanita yang mengalami situasi seperti ini mengambil hukum wanita haid. Wanita yang mengalami perkara ini dapat mengetahui bahawa tempoh naqa’ (tempoh yang tiada darah tersebut) itu adalah tempoh haid apabila darah datang semula. 

Adapun hubungan suami isteri yang dilakukan dalam tempoh naqa’ (hari ke-11 puan iaitu hari yang suci daripada darah) adalah diharuskan. Hari ke-12 puan masih terdapat darah dan tempoh tersebut kurang daripada tempoh maksimum haid. Puan wajib solat apabila mendapati puan sudah suci daripada darah.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 12

message user image