Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamu'alaikum,
Buku pendidikan Islam sekolah kan ada ayat-ayat al-Quran, ataupun kertas-kertas yang mengandunginya, jadi boleh ke letakkan buku/kertas tersebut dalam beg galas lalu membawanya (membelakangkannya) atau letakkan beg tersebut diatas lantai?
Macam mana pulak kalau buku tersebut diletakkan di dalam box, tetapi box itu diletakkan di lantai?
Terima Kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, dibolehkan meletakkan buku atau kertas yang mengandungi ayat al-Quran di dalam beg galas walaupun dibawa di belakang badan, serta meletakkan beg atau box tersebut di atas lantai, selagi ia tidak diletakkan di tempat najis, tidak dipijak, dan tiada niat atau perbuatan yang menghina atau meremehkan ayat al-Quran.
Sekian, terima kasih.