BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualikum ustaz, bolehkah seorang yang bermusafir solat jumaat jamak dengan solat asar. kalau boleh, macam mana niatnya menunaikan solat jumaat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, adalah harus bagi musafir melakukan solat jamak taqdim dengan solat Jumaat. Cara niatnya : “Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat menjadi makumum jamak taqdim dengan asar kerana Allah Taala”. Tunaikan solat jumaat dahulu (jemaah), kemudian setelah selesai solat Jumaat terus niat dan dirikan solat asar jamak takdim atau beserta niat qasar. Niatnya : “Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat jamak takdim/ 2 rakaat qasar kerana Allah Taala.” والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 4879

message user image