Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin memohon penjelasan berkenaan pembahagian faraid bagi arwah ayah saya yang baru meninggal dunia tahun ini. Tujuan saya ialah untuk menyelesaikan hutang arwah dan membuat pembahagian harta mengikut hukum syarak.
Maklumat waris yang masih hidup adalah seperti berikut:
Soalan saya:
Sekian, terima kasih atas penjelasan dan panduan.
Jawapan
Merujuk kepada fakta kes dan persoalan yang dikemukakan, waris yang layak ke atas harta pusaka arwah ayah puan adalah isteri mewarisi sebanyak 1/8, ibu mewarisi sebanyak 1/6 bahagian, 2 orang anak perempuan mewarisi sebanyak 2/3 ÷ 2 orang setiap seorang dan 3 adik-beradik perempuan mewarisi secara Asobah Ma'al Ghairi iaitu yang menghabisi dari bahagian waris yang lain. Adapun pembahagian bagi setiap seorang adalah sebagaimana berikut:
| Waris | Asal masalah | Bahagian |
|---|---|---|
| Isteri | 1/8 | 9/72 |
| Ibu | 1/6 | 12/72 |
| Anak perempuan | 2/3 ÷ 2 | 24/72 |
| Anak perempuan | 2/3 ÷ 2 | 24/72 |
| Adik-beradik perempuan | Asobah Ma'al Ghairi | 1/72 |
| Adik-beradik perempuan | Asobah Ma'al Ghairi | 1/72 |
| Adik-beradik perempuan | Asobah Ma'al Ghairi | 1/72 |
Sekiranya arwah ayah ada meninggalkan hutang sewaktu kematiannya, maka hutang tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian faraid dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian, senarai waris dan pembahagian yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada fakta yang diberikan oleh pihak puan sahaja. Bagi mendapatkan pengiraan dengan lebih tepat, disarankan kepada pihak puak agar mendapatkan perintah faraid di Mahkamah Syariah yang berdekatan.
Sekian, terima kasih.