BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Sebelum meninggal dunia ibu berpesan pada anak-anak untuk mewakafkan barang kemas atas nama dirinya dan kedua ibu bapanya yg telah meninggal dunia 

Bolehkah anak-anak mengambil barang kemas itu untuk kenangan bersama arwah,tetapi barang itu dinilai harga semasa,dijual atau dipajak dan duitnya dibuat wakaf arwah ibu..

Soalan kedua

Anak-anak arwah ada 5 lelaki dan 6 perempuan

L1 berhutang rm7 ribu.. L2 berhutang rm 4000

P1 berhutang rm1000... ketiga-tiga anak ini berhutang dengan arwah ibu

Arwah ada harta berupa sebidang tanah

Bolehkah anak-anak bahagiakan sama rata kerana semua bersetuju untuk agihan sama-rata

Atau wajib harta itu difaraid

Dan jika difaraid,bagaimana hak 3 anak yang berhutang itu pada bahagianya,bolehkah ditolak dari hutang anak pada arwah...

Jika boleh,maka ada lebihan 3 bahagian..bagaimana pembahagian itu,bolehkan dibahagikan sama-rata pada 11 anak atau hanya 9 org saja yg layak atas bahagian anak yg berhutang itu

Sekian soalan saya, harap penjelasan ustaz

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, boleh untuk anak-anak melaksanakan wasiat arwah ibu untuk mewakafkan barang kemasnya atas nama dirinya dan kedua ibu bapanya, dengan menukarkan barang kemas tersebut kepada wang mengikut nilaian harga semasa dengan menepati syarat tidak melebihi 1/3 dari nilaian keseluruhan harta pusaka si mati. Namun sekiranya nilaian barang kemas tersebut melebihi 1/3 dari nilaian keseluruhan harta, maka perlu mendapat persetujuan semua ahli waris.

Merujuk kepada persoalan yang seterusnya, pembahagian harta pusaka yang berupa tanah itu boleh dibahagikan secara sama-rata kepada semua ahli waris sekiranya kesemua ahli waris sepakat bersetuju dan bermuafakat dengan pembahagian tersebut.

Namun, sekiranya terdapat ahli waris ada berhutang dengan arwah ibu, maka perlu ditentukan terlebih dahulu untuk menyelesaikan hutang sebelum membuat pembahagian tanah tersebut, iaitu samada :

  1. Ahli waris yang berhutang itu perlulah membuat akad atau perjanjian kepada waris-waris yang lain agar dapat membayar hutang tersebut dalam suatu tempoh tertentu secara ansuran atau sekali gus tanpa ditolak bahagiannya ke atas tanah tersebut; 
  2. Sekiranya ahli waris yang berhutang itu memang tidak mampu untuk melangsaikan hutang tersebut, maka pembahagian tanah tersebut bolehlah dilaksanakan dengan cara mengurangkan bahagian waris yang berhutang ke atas tanah pusaka mengikut nilaian semasa hartanah; atau
  3. Ahli waris yang berhutang itu menjual bahagian masing-masing ke atas tanah tersebut kepada waris yang lain, dan hasil jualan tersebut bolehlah ditolak hutang kepada waris yang berhak yang lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 41

message user image