Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ada sedikit persoalan dan perlukan penjelasan berkaitan isu harta faraidh. Saya ada membuat semakan dan rujukan tapi masih kurang memahami. Ayah saya meninggal dunia pada tahun 2017 dan telah meninggalkan beberapa ekar tanah termasuk sebuah rumah, kenderaan serta wang simpanan, setelah selesai semua sekali urusan arwah termasuk upah hj dan sebagainya kami pun memlulakan proses menukar nama harta2 tersebut. Oleh kerana dalam adik beradik saya seorang sahaja anak lelaki (1 lelaki 6 perempuan) maka mana-mana harta2 yang perlu ditukar nama telah ditukar ke atas nama saya untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan atas persetujuan adik beradik perempuan yang lain. Alhamdulilah proses berjalan dengan lancar.
Lanjutan dari itu, hingga kini pada setiap bulan kami ada menerima wang sara diri bulanan dari Felcra kerana Arwah ayah saya bekas peneroka. Wang bulanan tersebut dikumpul selama setahun kemudian dibahagi kepada 7 org.
Persoalan saya, Adakah cara kami ini telah dikategorikan sebagai faraidh atau pembahagian secara maufakat? Sekiranya ingin dibahagikan secara faraidh yang betul, bagaimanakah cara pembahagian utk sebuah rumah pusaka dan 8 ekar tanah ladang dan wang bulanan tersebut?
Saya pernah terfikir untuk menjual rumah dan ladang2 tersebut kemudian hasil jualan akan kami bahagikan sama rata. Adakah cara ini bersesuaian? Maka tiada lagi tuntutan atau serahan wasiat kepada waris-waris yang berikutnya termasuklah anak lelaki saya.
Harap pihak Jabatan Mufti dapat memberi cadanngan atau penjelasan mengenai persoalan saya ini.
Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai,
Sekian Terima Kasih.
Jawapan
Merujuk kepada situasi dan persoalan yang dikemukakan, wang sara diri bulanan dari FELCRA merupakan harta pusaka arwah ayah yang perlu dibahagi secara faraid kepada waris yang berhak. Namun, sekiranya kesemua waris telah bersepakat setuju pembahagian secara sama-rata, maka tiada halangan untuk pembahagian sedemikian dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, sekiranya tuan berhasrat untuk membahagikan secara faraid, maka perlu dibincang semula terlebih dahulu bersama waris-waris berhak yang lain bagi mendapatkan persetujuan secara bersama sukarela tanpa paksaan memandangkan pada peringkat awalnya, waris yang lain termasuk tuan, telah pun bersetuju pembahagian dibuat secara sama rata.
Adapun, sekiranya ingin membuat pembahagian secara faraid ke atas sebuah rumah dan 8 ekar tanah ladang walaupun harta-harta tersebut telahpun ditukar ke atas nama tuan, namun tujuan sebenar penukaran nama tersebut adalah hanya untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan dan juga ianya telah mendapat persetujuan adik-beradik perempuan tuan yang lain. Dari sudut hukum syarak, peranan tuan hanyalah sebagai pemegang amanah sahaja ke atas harta pusaka dan hak waris yang lain masih terdapat dalam harta pusaka tersebut. Dalam keadaan situasi sedemikian, disarankan agar tuan dan juga waris yang lain membuat perbincangan bersama untuk menentukan pembahagian ke atas harta sebuah rumah dan 8 ekar tanah ladang, iaitu sebagaimana berikut:
Sekian, terima kasih.