BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya pesakit kanser tiriod dan hanya minum susu melalui ryles tube.setelah pembedahan bulan 1 yang lepas saya mengalami vocal cord palsy.manakala pada tahun depan 2026 saya dijangka pakai PEG tube di perut..adakah saya boleh berpuasa ketika memakai peg tube untuk minum susu dan makan ubat


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tuan/puan tetap boleh berpuasa walaupun menggunakan PEG tube, Ryles tube atau apa-apa tiub yang masuk melalui hidung atau perut.

Dalam mazhab Shafi‘i, apa yang masuk melalui selain rongga yang biasa (al-jauf melalui mulut atau dubur) tidak membatalkan puasa. PEG tube masuk terus ke perut melalui dinding perut bukan melalui mulut atau saluran makanan yang biasa. Maka tidak membatalkan puasa.

Namun, jika doktor mengesahkan jika dengan berpuasa boleh memudaratkan kesihatan, maka harus berbuka dan ambil rukhsah. Puasa tersebut wajib di qada dan tidak perlu fidyah selagi masih ada kemampuan untuk sembuh atau ada kemungkinan boleh berpuasa pada masa lain dalam tahun yang sama. Namun jika melangkau tahun ada kiraan fidyah yang perlu diambil kira.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image