Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
soalan saya suami saya bertaklik' kau datang sini jatuh talak satu' adakah ini saya tidak bole pergi tempat yang dia jatuh talak kerana suami saya tidak menyatakan tempatnya adakah jatuh talak satu?
Jawapan
Menjawab soalan yang diajukan, ucapan suami kepada isteri: “Kau datang sini jatuh talak satu” adalah berbentuk insya'i, ayat yang bukan sifat pemberitahuan, maka talak berlaku dengan serta-merta jika syarat atau taklik itu berlaku. Tempat yang dimaksudkan ialah tempat yang mana suami berada ketika melafazkan taklik talak tersebut. Disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj karya Imam al-Khatib al-Syarbini (4/509):
Maksudnya: Taklik talak dikira sebagai talak secara pasti dan terjadi sama seperti talak yang dilakukan secara langsung (bukan taklik) jika sifat yang dinyatakan itu berlaku.
Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.
Sekian, terima kasih.