BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada menjalankan perniagaan menjual barangan pancing, stok yg tersimpan dianggarkan rm 12000. Jumlah keuntungan sebulan tidak menentu dalam lingkungan rm 2000 hingga rm 5000 sebulan. Adakah mencapai nisab untuk keluarkan zakat. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, zakat perniagaan wajib apabila memenuhi 5 syarat utama:

  1. Islam

  2. Milik sempurna

  3. Mencapai nisab

  4. Cukup haul (setahun)

  5. Perniagaan itu bertujuan mencari untung

Justeru, dinasihatkan kepada tuan untuk merujuk kepada lembaga zakat negeri tuan bagi mengetahui prosedur dan kadar yang dikenakan kepada tuan dengan lebih teliti dan tepat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image