Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Berkaitan dengan solat jamak.
Contoh, saya bertolak dari Kuantan ke Seremban, solat jamak takdim zuhur dan asar di Bangi. Sampai rumah di Seremban, waktu asar belum masuk. Apabila masuk waktu asar, adakah saya perlu tunaikan solat asar? Terima kasih.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Solat asar yang telah dikerjakan secara jamak taqdim pada waktu zohor (waktu solat yang pertama) tidak perlu diulang apabila sampai ke tempat mastautin meskipun tiba sebelum masuk waktu bagi solat asar (waktu solat kedua). Hal ini kerana jamak dan qasar adalah rukhsah yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang sedang bermusafir dalam perjalanan.
Sekian, terima kasih.