BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum... Around 7 September 2025, saya ada send mesej terhadap seorang akak yang ada jual air. Mesej tersebut berbunyi begini..

'Assalamualaikum kak! Kak, hari tu masa saya tolong jaga gerai akak (around 15 Ogos), saya tersilap jual harga air besar green tea. Dua orang bayar RM2 je, patutnya RM2.50 (masa tu tak tau lagi harga air green tea besar). Jadi saya nak ganti RM1 kat akak. Boleh saya transfer dekat QR akak?༎‿⁠༎'

 

Kemudian, dia reply 'wslm ok takpe takpe'. Lalu saya pun bagitau 'baik' dan 'terima kasih'. Saya reply begitu sahaja kerana tidak mahu panjang cerita, takut mengganggu. 

 

Cuma tak tahu kenapa saya masih ragu-ragu rasa macam belum terlepas dari hal tersebut. Saya kadang tertanya-tanya, adakah urusan tersebut dikira settle? Kerana saya hanya bertanya bolehkah saya transfer dekat QR bank dia, namun dia hanya jawab tak mengapa (seperti yg saya bagitau kat atas tadi). Jadi saya pun tidak memanjangkan cerita dan hanya biarkan begitu sahaja, dan menganggap dia menghalalkan perbuatan saya. Cuma seperti yang saya bagitahu tadi, masih rasa ragu-ragu. 

Mohon pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada penjelasan, urusan puan dengan kakak tersebut telah selesai serta tidak menanggung apa-apa hutang atau tanggungjawab yang perlu dilunaskan lagi. Hal ini kerana kakak tersebut telah meredhai perbuatan tersebut. Puan tidak perlu merasa ragu dan memikirkannya lagi. Puan boleh berdoa semoga dilapangkan hati atas perbuatan tersebut. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 36

message user image