BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WBT.

Pada Disember 2022 saya telah mengerjakan umrah. Kami bermula dari madinah seterusnya ke mekah. Pada hari untuk pergi ke mekah kami di arahkan untuk memakai kain ihram.

Saya mempunyai masalah di mana air mazi saya akan keluar tanpa saya sedar, di sebabkan itu saya telah menggunakan tisu untuk menutup kepala zakar saya bertujuan untuk minghindari dari kain ihram saya terkena air mazi semasa dalam perjalanan menuju ke mekah kerana saya hanya mempunyai satu kain ihram sahaja. 

Setiba di mekah saya telah membersihkan kemaluan saya dan tidak menggunakan lagi tisu untuk menutup kepala zakar saya untuk menyempurnakan umrah (tawaf)

Persoalan, adakah masalah saya di kategorikan sebagai keuzuran? dan adakah saya perlu di kenakan dam?

Terima kasih

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, situasi seseorang tidak lawas air kencing atau air mazinya dianggap sebagai suatu keuzuran. Oleh itu, tuan tidak perlu membersihkannya ketika sedang melakukan ibadah yang disyaratkan wuduk padanya seperti solat dan tawaf. Dalam ibadah umrah, seseorang yang mempunyai keuzuran ini boleh memakai pampers ketika melakukan umrah kerana ia pakaian cawat yang tidak bersambung atau berjahit. Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada najis tersebut terkena pada anggota yang lain ketika menunaikan umrah.

Namun begitu, ibadah umrah yang tuan lakukan adalah sah dan tidak dikenakan dam kerana tidak tahu dan bukan dilakukan dengan sengaja.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image