Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
salam alaykum wbt, nak kepastian , boleh bantu? ada Ibu kepada si kawan meninggal tahun 2016 dan ayahnya meninggal pada tahun lepas 2025, dan juga waris tak pasti dengan puasa yang ditinggalkan, tapi waris ambil 15 hari untuk ibu dan ayah nya, Dan waris nak bayar fidyah sebelum masuk Ramadan tahun ini. Perlu gandaan atau tak perlu ya? 10 tahun yang lalu Waris meletakkan bilangan 15 hari untuk setiap orang, ibunya 15 hari, bapanya 15 hari. Jadi bayaran fidyah ibunya sama seperti arwah ayahnya ya? 15hari x RM4 =RM60 Masing dengan jumlah RM60. Betul ke macam ni? tahun ini 2026
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil. 1/2001 pada 16 Januari 2001, memutuskan bahawa fidyah boleh dibayar dengan dua cara:
i. Gandakan fidyah dan kafarah mengikut tahun.
ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kafarah.
Puan boleh menasihatkan rakan untuk membuat pembayaran fidyah, dengan memilih untuk membuat bayaran secara berganda atau tidak, kepada Lembaga Zakat Selangor di laman web berikut: https://fpx.zakatselangor.com.my/
Bayaran fidyah secara berganda bagi yang berkemampuan adalah suatu saranan yang digalakkan dan bukan suatu kewajipan. Berkemampuan bermaksud tidak membebankan atau menyebabkan rakan puan dalam keadaan menyusahkan sekiranya membayar secara berganda.
Sekian, terima kasih.