Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz nak tanya
1. Apa hukum seseorang yang diuji dengan waswas sehingga menyebabkan dia tak dapat solat dalam waktu kemudian dia kata ' ya allah kenapa ko zalim dengan aku' dan dia menjadi pasrah dan malas untuk solat sbb disusahkan sampai macm itu. adakah perkataan itu menyebabkan murtad?
2. Apakah status perkahwinan dia kalau dia melafazkan macam tu?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, waswas sehingga mengganggu kehidupan harian mahupun ibadah merupakan penyakit yang perlu diubati. Waswas sering dikaitkan dengan gangguan syaitan yang membisikkan ke dalam hati manusia rasa ragu, keliru, takut untuk mengganggu pemikiran dan hati manusia. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nas, ayat 4-6:
Maksudnya: Dari (aku berlindung dari) kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia
Berusahalah dengan kesabaran dan berdoa memohon perlindungan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf,ayat 200:
Maksudnya: Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Kita jangan sekali-kali berputusa asa untuk terus berusaha dan mendapatkan rahmat daripada Allah SWT. Kesabaran di dalam meghadapi ujian dijanjikan ganjaran yang tidak ada batasnya. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Zumar ayat 10:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
1. Kata-kata itu tidak membawa kepada murtad selagi kita masih beriman bahawa solat itu wajib.
2. Status perkahwinan tidak terjejas.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.