Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Caj bulanan bagi penyelenggaraan di apartment telah ditetapkan kepada semua pemilik. Apa hukumnya dikenakan caj/denda lewat bayar 10% sekiranya pemilik lewat bayar? Untuk makluman, setiap tahun yuran tertunggak pemilik rumah semakin meningkat sedangkan pengurusan perlukan wang untuk mengurus. Sekiranya caj 10% adalah riba, apakah kaedah yang boleh laksanakan.?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, pihak pengurusan apartment yang dilantik boleh mengenakan caj denda ke atas penghuni yang lewat membayar caj/kos penyelenggaraan yang telah ditetapkan, kerana pihak pengurusan terpaksa menanggung kos penyelengaraan setiap kali melaksanakan penyelenggaraan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.