Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
SAYA TELAH MEMBAYAR BIL HOSPITAL SEBANYAK RM 6998. SAYA TELAH CUBA MEMBUAT TUNTUTAN KE PIHAK INSURAN MALANGNYA TELAH DITOLAK ATAS ALASAN MELEBIHI MASA YANG DI TETAPKAN. SAYA BUAT RAYUAN MALANGNYA SENYAP. SAYA CUBA PULA BUAT TUNTUTAN KE PIHAK KERAJAAN DAN MASIH BELUM DAPAT JAWAPAN. SETELAH HAMPIR 3 BULAN TIBA-TIBA PIHAK INSURAN TELAH MASUKKAN KE BANK TUNTUTAN SAYA RM6998. SOALAN SAYA.
1. SEKIRANYA PIHAK KERAJAAN JUGA LULUSKAN NANTI (BIASANYA MAKAN MASA SETAHUN LEBIH) ADAKAH DUIT ITU SAYA BOLEH GUNAKAN.
2. PERLUKAH SAYA MEMULANGKAN SEMULA DUIT YANG DIBERI OLEH PIHAK INSURAN ATAU KERAJAAN NANTI.
3.TIADA MASALAH UNTU SAYA TERIMA KEDUA-DUA NYA?
MOHON BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR
SEKIAN TERIMA KASIH
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Secara umumnya anda tidak boleh membuat 2 tuntutan untuk satu bil yang sama, namun sekiranya pihak-pihak yang dituntut membenarkan perkara itu maka ia diharuskan. Adalah dinasihatkan untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang dituntut sama ada kerajaan mahupun swasta bagi memastikan apa yang diterima adalah hak milik anda yang sah dan supaya anda tidak memakan harta orang dengan jalan batil, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.
Sekian, terima kasih.