BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam. Saya ingin bertanya mengenai hukum buat rhinoplasty. Saya sedia maklum ubah ciptaan Allah itu haram. Tapi struktur hidung saya adalah jenis crooked dan dari tepi memang nampak seperti bonggol tinggi, besar dan jatuh. Walaupun ia tak menggangu pernafasan dan berfungsi dengan baik, tapi ia buat saya rasa insecure, tak mahu orang lihat saya dari tepi, dan kadang kadang saya berjalan pun saya akan telengkan kepala supaya orang sebelah tak nampak struktur hidung saya yang agak pelik. Saya memang akan mengelak dari orang tengok hidung saya dari tepi. Ia sedikit sebanyak menggangu konfiden diri. Saya terfikir utk buat rhinoplasty (buang bonggol tanpa mancungkan hidung), tapi takut berdosa kalau mengubah ciptaan Allah. Mohon pencerahan terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, rhinoplasty (pembedahan hidung) dalam Islam boleh jadi harus jika bertujuan menghilangkan kecacatan atau mengurangkan mudarat psikologi yang serius, tetapi haram jika niat dan tujuan utama semata-mata untuk kecantikan tanpa keperluan. Dalam kes saudari, jika bonggol hidung menyebabkan rasa rendah diri yang mendalam hingga menjejaskan kehidupan sosial dan emosi, perbuatan pembedahan tersebut diharuskan, rawatan ini sebagai usaha menghilangkan mudarat. Walaubagaimanapun, pembedahan kosmetik tetap ada risiko komplikasi perlu mendapatkan nasihat dan dilakukan oleh pakar yang bertauliah. Selain itu, niat hendaklah jelas iaitu menghilangkan mudarat, bukan mengejar kecantikan semata-mata. Pertimbangkan juga kaunseling atau terapi psikologi untuk menangani rasa rendah diri kerana kadang-kadang masalah utama ialah persepsi diri.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 54

message user image