Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum sy ada satu pertanyaan..Ditempat sy Surau Jumaat. Surau As-Siddiqin Bandar Tasik Puteri Rawang..berkenaan sof solat berjamaah. Pintu keluar bagi jemaah terletak di sof yang kedua..pada sof yang pertama tiada pintu keluar.hanya ada tingkap.persoalannya adakah boleh solat jumaat makmum menggunakan sof yang pertama itu.baru-baru ini ada ustaz yang menegur solat jemaah tidak sah. minta mohon pencerahan dari pihak jabatan mufti.terima kasih
Jawapan
Pembinaan masjid dan surau memerlukan perhatian khusus dari segi ruang kerana berkait rapat dengan syarat-syarat sah mengikut imam atau qudwah solat berjemaah. Dalam konteks solat berjemaah, rabitah merujuk kepada pengikat atau penyambung antara imam dan makmum. Manakala qudwah bermaksud mengikuti imam dengan betul dan sah menurut syariat Islam. Kesahan qudwah bergantung kepada beberapa syarat utama yang mesti dipenuhi. Antara syarat sah qudwah berdasarkan Mazhab al- Syafi‟i secara umum seperti berikut:
a) Makmum hendaklah mengetahui perbuatan zahir imamnya sama ada dengan dilihat sebahagian sifatnya atau melihat sebahagian saf atau mendengar suaranya atau suara mubaligh atau seumpamanya.
b). Makmum tidak boleh terkehadapan posisinya daripada imam.
c). Imam dan makmum hendaklah berada dalam ijtima’ (berhimpun) dan berada pada satu tempat.
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kedudukan saf dan jamaah hendaklah memenuhi syarat-syarat sah solat berjemaah sepertimana Garis Panduan Solat Berjemaah di Masjid, Bangunan Selain Masjid dan Tanah Lapang yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor iaitu:-
Sekian, terima kasih.