BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, saya seorang balu kematian suami pada tahun 2024 dan saya bekerja, baru-baru ini abg ipar saya meninggal dunia. soalan saya boleh kah saya bayar zakat saya kepada biras saya disebabkan dia surirumah dan mempunyai anak yg masih sekolah rendah. Abg Ipar kerja kampung jadi tiada kwsp atau insuran. biras saya tinggal di Perak saya di Selangor.  Soalan kedua saya ada cucu saudara yg autism dan speech delay.  Ibu nya suri rumah dan bapa nye bekerja grab dan membuat kerja sambilan ambil gambar.  boleh kah saya membayar zakat utk urusan persekolahan khas cucu saudara saya itu. sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dari segi siyasah syar’iyyah dan maslahah, para fuqaha bersepakat bahawa ulil amri atau pemerintah mempunyai kuasa untuk mengutip, menerima dan mengagihkan zakat dan menetapkan peraturan demi menjaga kepentingan pengurusan zakat. Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Taubah ayat 103:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

Justeru, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah tidak sah kerana perbuatan tersebut melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah . Namun begitu, puan boleh memberi bantuan kepada saudara puan sebagai sedekah bukan sebagai zakat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

Ulasan:

Fatwa menyatakan tidak sah dan boleh rujuk link fatwa:
https://www.muftiselangor.gov.my/2025/02/05/hukum-pihak-yang-tidak-dilantik-atau-diberi-kuasa-yang-sah/


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image