BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum
Apakah hukum mencium jenazah seperti ibubapa atau pasangan atau anak atau mahramnya selepas jenazah disolatkan (solat jenazah)?
Benarkah wajah jenazah perlu ditutup dengan kafan sebelum solat jenazah dilakukan sahaja dan tidak lagi boleh dibuka selepas solat jenazah kecuali semasa di lahat (pengkebumian)?
Adakah ia haram atau ia masih dibolehkan?
Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mencium jenazah boleh dirujuk kepada perbuatan Rasulullah SAW sendiri. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha bahawa baginda SAW mencium jenazah Uthman bin Maz'un iaitu saudara susuan baginda. Daripada Saidatina Aisyah r.a beliau berkata

 رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ عُثْمَانَ بْنَ مَظْعُونٍ وَهُوَ مَيِّتٌ حَتَّى رَأَيْتُ الدُّمُوعَ تَسِيلُ

Maksudnya:  Aku melihat Rasulullah SAW mencium Uthman bin Maz'un ketika dia meninggal dunia dan aku melihat bahawa air mata mengalir (dari matanya). (Riwayat Abu Daud)

Oleh yang demikian, mencium jenazah waris adalah harus sebagaimana hadis di atas. Manakala wajah jenazah perlu ditutup pada masa tertentu tiada dalil yang kuat berkaitan ini, berkemungkinan adat setempat untuk menjaga kehormatan jenazah. Selagi mana tiada ratapan yang kuat dan jeritan tangisan, maka apa-apa urusan kepada jenzah adalah diharuskan dan tidak haram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 49

message user image