BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya membuat akikah anak perempuan sy menggunakan pakej MAPIM Akikah Di Syria. Dengan niat untuk bantu golongan fakir di sana. Kebetulan anak saya lahir 20/2, pakej itu berakhir 28/2 dan dilaksanakan Mac 2019. Bantu beri daging musim sejuk. Saya sudah membuat pembayaran. Namun, sekiranya itu adalah scammer, sy tidak tahu, bagaimana dengan akikah anak saya tadi? Risau kalau ia adalah scammer sebab hanya berhubung melalui telefon whatsapp dan bercakap di dalam talian. Fb: MAPIM - Pakej Akikah Musim Sejuk Hukum Akikah anak jadi macam mana ya, sekiranya org diamanahkan tidak menjalankan akikah tanpa pengetahuan saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum mewakilkan pihak lain melaksanakan ibadah akikah adalah sah. Ini berdasarkan pandangan Sayyid Abu Bakar Muhammad Syatha dalam kitabnya I’anah at-Tolibin, beliau menyatakan bahawa sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan akikah, dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri tidak berada di tempat tersebut. Dalam hal ini, pihak MAPIM sebagai salah sebuah NGO-i yang berdaftar di bawah kerajaan Malaysia, gerak kerjanya boleh diyakini, tuan boleh merujuk secara terus proses-proses yang telah dilakukan supaya ia berjalan sepertimana yang telah diniatkan. Walaubagaimanapun, sekiranya ia adalah pihak yang mengambil kesempatan, tuan boleh melaporkan secara terus kepada pihak berkuasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 133

message user image