Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
saya mempunyai adik beradik satu bapa berlainan ibu.arwah ayah bergelar duda sewaktu menikahi arwah ibu saya.arwah ayah dan ibu mempunyai seorang anak iaitu saya.dalam tempoh perkahwinan arwah ayah dan ibu telah membeli sebuah rumah semasa umur saya 8 tahun.dan arwah ayah dan ibu bercerai semasa umur saya 17 tahun.selepas arwah ayah saya dan ibu meninggal dunia,adik beradik sebapa berlainan ibu menuntut rumah arwah ayah dan ibu saya.bagaimana harus membahagi rumah arwah bayah dan ibu saya kepada mereka?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, pembahagian harta pusaka rumah boleh dibahagikan dengan cara menjualnya dan membahagikan hasil jualan mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam faraid. Bagi menyelasaikan urusan pengiraan harta pusaka orang Islam, puan boleh merujuk pihak Baitulmal MAIS atau Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih.