Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Pertanyaan: Berkaitan Puasa Nabi Daud.
1. Dibuat selang sehari. Makna satu hari puasa dan satu hari tidak puasa.
2. Sekiranya hari dimana hari kita tak puasa itu jatuh pada hari2 puasa sunat seperti puasa isnin, khamis, hari2 puasa putih atau seperti 1 rejab, adakah kita teruskan puasa sunat tersebut atau kita tinggalkan dan dan terus puasa nabi daun. Maknanya kita tidak berpuasa pada hari2 puasa sunat.
3. Kita puasa mengikut puasa nabi daun tetapi pada hari kita juga berpuasa pada hari puasa sunat. Dan melanggar cara puasa nabi daud iatu puasa selang sehari. Selepas itu kita teruskan puasa nabi daud.
4. Sekiranya hari kita puasa nabi daud jatuh pada hari puasa sunat, adakan kita niat kedua2 sekali dan mendapat pahala kedua2 iaitu puasa nabi daud dan puasa sunat yg lain.
Jawapan
Tatacara puasa Nabi Daud adalah sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu puasa selang sehari.
1. Sekiranya bermula puasanya hari Isnin, maka Selasa dia tidak berpuasa dan seterusnya (selang-seli).
2. Sekiranya hari dia berbuka puasa itu jatuh pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Isnin dan hari Khamis, maka lebih afdal baginya untuk meneruskan puasa dan berbuka secara berselang-seli tanpa mengambil kira hari-hari yang disunatkan berpuasa. Imam al-Qalyubi berkata dalam Hashiyah ‘ala Sharh al-Minhaj 2/94,
Terjemahan: Sekiranya hari berbuka puasanya jatuh pada hari Khamis atau hari Arafah; maka lebih afdal baginya untuk berbuka pada hari tersebut.
3. Sekiranya hari berpuasa jatuh pada hari puasa sunat, diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika pelaksanaan puasa sunat itu bertembung dengan hari-hari yang digalakkan puasa seperti puasa hari putih dan hari Isnin/Khamis.
Sekian, terima kasih.