Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..saya nak Tanya berkenaan permainan video dalam talian. Apa hukum jual beli barangan bukan fizikal seperti barang-barang dalam permainan video dalam talian yang bertemakan perayaan krismas? Terima kasih...
Jawapan
Secara umumnya hukum jual beli suatu barangan adalah diharuskan selagi mana ia bertepatan dengan syarak iaitu tiada unsur perjudian, kesamaran (gharar) dan tiada unsur yang haram. Menjual beli barangan bukan fizikal seperti barang-barang dalam permainan video dalam talian yang bertemakan perayaan krismas sebaiknya dielakkan kerana ia melibatkan perayaan agama lain.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.