BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tn/Pn, Sebelum ini saya tinggal di Shah Alam tetapi sekarang tinggal di luar negara. Mohon maaf, boleh saya bertanya 2 soalan mengenai pendapatan? 1. Apakah hukum duit pendapatan (setiap kali jual beli) peniaga-peniaga Islam yang berniaga (contohnya sayur-sayuran atau buah-buahan) di tepi jalan, sedangkan mereka tidak mempunyai lesen kebenaran berniaga dari pihak berkuasa? 2. Apakah hukum duit pendapatan (terlebih kerja 1 hari) kepada seseorang yang hanya dibenarkan oleh kerajaan untuk bekerja 5 hari sahaja dalam seminggu (syarat ini tertulis di dalam visa sementaranya) walaupun syarikat tempatnya bekerja telah mengetahui syarat tersebut tetapi masih membenarkannya untuk bekerja 6 hari atau 7 hari seminggu sekiranya dia mahu untuk bekerja 6 hari atau 7 hari tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Hasil pendapatannya halal dan jual belinya sah mengikut hukum syara’. Namun ianya menyalahi dari sudut pematuhan undang-undang yang berkuatkuasa. 2. Pendapatan hasil kerjanya adalah halal, namun ia menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 164

message user image