Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah sah solat jika bacaan Al-Fatihah ataupun bacaan solat yang lain dibaca secara mengigil kerana tidak boleh dikawal? (Seperti takut kerana bacaan solat akan salah).
Jawapan
Membaca surah al-fatihah adalah salah satu rukun solat. Jadi wajib untuk kita membacanya berserta makhraj dan tajwid yang betul. Wajib untuk kita menjaga bacaan surah al-fatihah pada setiap huruf agar tidak berkurang atau tertukar. Wajib juga kita jaga bacaan syaddah dan juga panjang pendek harakat surah al-fatihah.
Solat tidak batal jika membaca al-fatihah dalam keadaan menggigil atau menggeletar sekiranya ia berlaku tanpa disengajakan. Namun sebaiknya solat yang berkualiti adalah dilaksanakan dalam keadaan khusyuk seperti firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 1-2:
Maksudnya: Telah berjaya orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.
Sekian, terima kasih.