BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Pada jam 17:54 bersamaan 18/01/2026, saya telah bersumpah atas nama Allah (dalam keadaan marah) bahawasanya jika saya balik ke rumah emak saya, saya bukan lagi seorang isteri buat suami saya,

namun demikian, apabila saya sudah kembali sedar dari amarah, saya menyesali perbuatan dan sumpah saya, saya sesungguhnya telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah swt serta menyesali sedalam nya atas kesalahan kata-kata sumpah saya, 

berdasarkan perkara ini, adakah ikatan suami isteri antara saya dan suami akan terputus jika saya tetap balik ke rumah ibu saya? Adakah saya perlu menyelesaikan kaffarah demi menebus kesalahan saya ini? Mohon pihak ustaz boleh membantu dan membimbing saya berkaitan hal ini. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Ta'liq (menjatuhkan talak dengan sesuatu ketetapan) tersebut tidak menyebabkan berlakunya penceraian di antara puan dan suami. Hal ini kerana ta'liq penceraian adalah di bawah kuasa suami ketika melafazkannya. Oleh kerana ta'liq hanya dilafazkan oleh puan maka ia tidak berlaku meskipun puan melanggar ta'liq tersebut. Berbeza pula keadaanya jika ta'liq itu wujud kerana dilafazkan oleh suami puan dengan ketetapan yang ditetapkan, sekiranya puan melanggarinya barulah berlaku talak secara ta'liq.

Perlu diingatkan bahawa kuasa untuk mejatuhkan talak sama ada secara lafaz atau secara ta'liq adalah di bawah kuasa suami. Justeru, puan boleh sahaja menzirahi rumah ibu dengan syarat mendapatkan keizinan daripada pihak suami. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 4

message user image